Related Posts with Thumbnails

My Frenzz..

Monday, July 27, 2009

Kisah Rindu...

Saya rindu
Bila melihat sebuah Myvi berdiri dan menjeling Kancil
Di bawah pohon berbunga kecil kuning
Dipayungi dari terik mentari…

Saya rindu
Bila melihat Yahoo Messenger dipenuhi kartun smile bersiul
Walaupun ia ‘tidur’ pada org lain
Namun ia ‘senyum’ pada saya…



Saya rindu
Bila melihat sms tertulis kata ‘itu’
Menyuruh saya senyum kemerahan
Menyuruh saya

membalas kata ‘ini’…

Saya rindu
Bila melihat meja hujung di café
Aksi jeling menjeling memanah mata hati
Aksi usik mengusik mencuit pintu hati…

Saya rindu
Bila melihat selipar jepun biru di pintu surau
Tetibe selipar biru itu dighaibkan entah ke mana
Namun tetiba selipar jepun merah jambu pula terceruk jauh…

Saya rindu
Bila melihat tangga coklat di tingkat satu
Kerana di situlah kisah rindu ini menyambung
Menjadi kisah cinta kita
Menjadi kisah cinta termanis bila dikenang…



Hikhik.. kisah rindu dan cinta ini telah dijilid menjadi sebuah buku yang digelungkan dengan sebuah ikatan sah kemudian diterbitkan pula dua buah buku nota kecil; satu berwarna biru dan satu berwarna merah jambu. Adakah kemungkinan sebuah buku nota kecil lagi akan diterbitkan? Tungguuuuuu… ahaksssss….

0 Comments:

Post a Comment



Template by:
Free Blog Templates