Related Posts with Thumbnails

My Frenzz..

Tuesday, June 30, 2009

INFORMASI...

  1. Kemeja lelaki mempunyai butang di bahagian kanan. manakala kemeje wanita mempunyai butang di bahagian kiri.
  2. Pada usia tua, wanita mengalami percambahan rambut, manakala usia yg sama lelaki mengalami masalah kebotakan. Masalah ini berlaku disebabkan produksi berlebihan dari horman androgen.
  3. Wanita menghasilkan dua juta sel telur selama hidupnya sejak dari usia 4 bulan ketika dalam kandungan lagi. Manakala lelaki akan terus menghasilkan
    sperma sehinggalah usianya meningkat tua.
  4. Motor Harley Davidson yg pertama dicipta adalah pada tahun 1903. Ianya menggunakan tin tomato sebagai karburetor.
  5. Lelaki tidak suka pakaian mereka kotor walaupun ianya hanyalah setompok kekotoran.
  6. Lelaki sering memikirkan tentang gadis yg meminati mereka, tetapi tidak bererti mereka meminati gadis berkenaan.
  7. Kaum lelaki sayangkan ibu mereka.
  8. Fantasi kaum lelaki tiada hadnya.
  9. Tinggi pasangan mereka adalah tidak penting bagi lelaki, tetapi berat badan yg menjadi ukuran utama.
  10. Lelaki jarang membuat keputusan muktamad.
  11. Rupa paras tidak penting, lelaki tidak memilih rupa paras dlm mencari teman wanita, tetapi kekemasan serta pandai membawa diri menjadi ukuran utama dlm mencari pasangan.
  12. Barang mainan, lelaki sering kali mencari permainan serta barangan yg mungkin menarik minat kaum wanita, tetapi malangnya mereka sering kali tersalah dlm memilih barangan yg diidamkan.


  • Perakam video pertama dibuat pada tahun 1956 yg bersaiz sebesar piano

  • Elakkan memusingkan stereng kereta tanpa keperluan kerana setiap kali kamu lakukannya, ia akan menyebabkan penggunaan petrol

  • Hasil kajian saintis di hospital Universiti Yunani, Athens menyatakan utk mengurangkan kesan rokok dlm pembuluh darah, kamu boleh meneguk segelas anggur merah

  • Pakar gigi dari Tyne's School Of Dental Sciences menyarankan agar jangan menggosok gigi terlalu lama kerana ia boleh membawa mudarat kepada kesihatan mulut. Ini kerana tabiat begini boleh menyebabkan kerosakan gigi dan gusi yg kekal selain ianya mampu memindahkan bakteria

  • Lelaki yg emnjadikan minuman beralkohol sebagai rutin berpotensi emndapat kanser usu 2 kali ganda lebih byk daripada orang yg langsung tidak mengambil alkohol.


  • Lebih bersikap agresif berbanding perempuan. Bagaimanapun, dlm hubungan intrpersonal kebanyakkan penyelidikan mendapati bahawa keagresifan antara lelaki dan perempuan adalah sama sahaja. Bagaimanapun, lelaki cenderung lebih agresif di luar rumah dan sebaliknya.

  • Lebih bersikap pertandingan, tetapi juga lebih keras kepala berbanding perempuan

  • Mempunyai lebih keyakinan diri (malah ada kalanya sombong juga) dan mempertunjukkan kemahiran kepimpinan yg lebih baik berbanding perempuan

  • Lebih dapat mengawal perasaan dan kurang beremosi

  • Mempunyai lebih kemhiran teknikal dan pengurusan berbanding perempuan

  • Lebih cenderung kepada pemikiran abstrak berbanding wanita

  • Mengambil masa
  • Pilihan gaya terhad
  • Tidak banyak saiz
  • Mahal
  • Menunggu
  • Kurang layanan
  • Pilihan warna terhad
  • Juru jual memaksa
  • Terpaksa mengacu @ mencuba
  • Apbila dicuba, tidak banyak yg sesuai

Ia mungkin melucukan dan dianggap tidak masuk akal
tetapi pegawai kesihatan persekutuan Amerika Syarikat (AS)
dijangka segera mengeluarkan laporan yg memberi amaran kpd umum mengenai faedah kentut.
"Kentut, jika kerap dihidu boleh menyembuhkan perbagai penyakit berbahaya
seperti sakit kepala, gangguan pada mata, lelah,
bronkitis sakit jantung dan lain2.
Setiap tahun, kira2 130 000 rakyat AS telah pulih daripada
penyakit serius kerana terlalu lama terdedah kepada keadaaan itu." Kata seorang doktor yg bertugas dengan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) AS.
Katanya, orang ramai mesti menyedari menghidu kentut sebenarnya menmbah
khasiat utk kesihatan orang lain.
Menurut laporan yg akan dikeluarkan CDC,
setiap tahun kentut memulihkan 800 kes serangan jantung,
250 kes angin ahmar, 30 000 lelah dan 50 000 kes sakit telinga.
Disebabkan masalah makanan tidak teratur,
kini ramai rakyat Amerika menghidap kembang perut.
Menurut laporan itu,
purata penduduk AS kentut 14 hingga 23 kali sehari.

Monday, June 29, 2009



  • Si gadis merendah-rendahkan keluarganya

  • Meninggikan suara apabila bercakap

  • Selalu mengungkit fasal kewangan

  • Menduakan dirinya

  • Tidak emnghormatinya sebagai kekasih

  • Jika kamu melayaninya dgn baik, dia fikir kamu jatuh cinta padanya. Jika tidak, kamu akan dikatakannya sombong.
  • Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang mencuba utk menggodanya. Jika tidak, dia akan kata kamu out-of-date!
  • Jika kamu berdebat dgnnya,
    dia kata kamu keras kepala. Jika kamu tetap diam, dia akan kata kamu tak punya otak.
  • Jika kamu lebih bijak daripada dia, dia akan kehilangan muka. Jika dia yg lebih bijak, dia akan kata dia paling hebat.
  • Jika kamu tidak cinta kepadanya, dia akan mencuba mendapatkan kamu. Jika kamu mencintainya, dia akan cuba utk meninggalkan kamu.
  • Jika kamu beritahu dia masalah kamu, katanya kamu menyusahkan. Jika tidak, dia akan kata kamu tidak mempercayainya.
  • Jika kamu cerewet pada dia, katanya kamu seperti seorang pengasuh baginya. Tapi jika dia yg cerewet pada kamu, katanya itu kerana dia prihatin.
  • Jika kamu melanggar janji kamu, katanya kamu tidak boleh dipercaya. Jika dia yg ingkar janjinya, dia kata dia melakukannya kerana terpaksa.
  • Jika kamu merokok, katanya kamu adalah gadis liar! Tapi kalau dia yg merokok, katanya dia adalah seorang gentlemen, wahhh sengalnya!
  • Jika kamu menyakitinya, katanya kamu perempuan kejam. Tapi jika dia yg menyakiti kamu, katanya itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sulit utk dibahagiakan.


Apabila kamu berbual dgn seseorang gadis dan si dia itu mengganguk-anggukkan kepalanya ketika mendengar bicaramu, itu membuktikan si gadis itu betul2 mengambil berat dan sentiasa ingin mengenali diri kamu. Dia juga sentiasa membantu kamu apabila kamu memerlukan pertolongan.



  • Hilang pekerjaan
  • Kehilangan teman wanita
  • Impotens (mati pucuk) kerana lelaki mengidam utk bergelar lelaki sejati
  • Bot karam sekiranya tidak tahu berenang
  • Tidak dapat tunaikan keinginan orang tersayang


Lelaki lebih lama menggunakan telefon berbanding perempuan.
Dalam sehari lelaki biasanya akan menghabiskan 66 minit bercakap di telefon berbanding wanita hanya 52 minit sahaja:)

1. Kamu bertepuk sebelah tangan andai...

  • Si dia hanya mengharapkan kamu membelanjanya setiap kali bertemu.
  • Kamu sahaja yg selalu menghubunginya atau menghantar sms padanya sedangkan si dia hanya menghubungi kamu saat dia memerlukan kamu sahaja.
  • Kamu tahu semua tentang perihal keluarganya, tetapi dia tidak pernah sekalipun bertanyakan hal keluargamu.
  • Sekiranya kamu dalam kesusahan, si dia tidak pernah berasa di sisimu. Tetapi bila si dia berada dlm kesusahan, kamu tidak pernah jemu memberikan bantuan.
  • Tidak pernah sekalipun dia membicarakan soal cinta dgn kamu.
  • Si dia melayan kamu sama seperti dia melayan teman-temannya yg lain.




2. Kamu tidak bertepuk sebelah tangan andai...

  • Si dia sering mengajak kamu keluar utk belanja makan dan minum.

  • Si dia ingin meminjam sesuatu dari kamu atau meminta bantuan kamu. Tujuannya agar si dia berasa dekat dgn kamu.

  • Si dia mengajak kamu menemaninya bersiar-siar dan membeli belah yg mana langkah ini akan membuatkan kamu sikit demi sedikit menerima si dia.

  • Si dia mula bertanyakan tentang keluarga kamu dan dalam masa yg sama si dia akan bercerita tentang keluarganya. Topik ini secara tidak langsung akan merapatkan lagi hubungan kamu berdua kerana kamu sudah saling mengetahui tentang diri masing2.

  • Si dia akan sentiasa bertanya khabar kamu dan ini kamu tentunya berasa lebih disayangi.

  • Si dia mula melayan kamu seperti kekasihnya. Setiap kata2nya juga adalah kata sayang dan cinta.

Sunday, June 28, 2009

  • Akan berusaha bersungguh-sungguh utk mendapatkan gadis yg dipuja dan mereka lebih sukakan gadis yg boleh mendatangkan cabaran buat mereka.
  • Seorang pemikat yg terbaik, tetapi apabila berhadapan dgn seseorang gadis yg dipujanya, pasti lidah menjadi kelu utk berkata-kata.
  • Lelaki yg benar-benar lelaki tidak
    menyukai gay.
  • Awas jangan memperkatakan sesuatu yg tidak elok tentang ibu si dia. Bagi seseorang lelaki, orang yg paling disayangi ialah ibu.
  • Sering memikirkan gadis yg meminatinya tetapi jangan pelik sekiranya si dia tidak menyukai gadis tersebut.
  • Lelaki bersikap terbuka terutamanya dlm hal yg berkaitan dgn diri mereka.
  • Lebih menyukai seseorang gadis berdasarkan pemikiran, bukannya dari pakaian yg seksi ataupun rupa paras yg cantik.
  • Tidak mengambil berat tentang perkara yg remeh-temeh.
  • Tidak mudah melupakan bekas kekasihnya walaupun setelah lebih 3 tahun bersama.
  • Sering bertindak mengikut perasaan jika tidak mempunyai pengalaman dlm percintaan.
  • Adakalanya seseorang lelaki boleh diibaratkan seperti harimau kerana keberanian dan kegarangannya, tetapi pada masa tertentu apabila berhadapan dgn kamu dia boleh menjadi seekor kucing yg manja.
  • Apabila seseorang lelaki cuba utk bertenang di saat sedang berhadapan dgn situasi menyulitkan, cuba kamu perhatikan, si dia pasti nampak gelabah.

  • Berjumpa dgn kekasih lama dan masih teringatkan
    memori indah ketika bersama.
  • Kerjaya kekasihnya lebih baik berbanding dirinya dan berasa bosan apabila perkara tersebut sering dibangkitkan dlm perbualan.
  • Kekasihnya terlallu cemburu. Setiap pergerakannya dikawal sehinggakan dia merasakan curang atau tidak sama saja. Jadi lebih baik berlaku curang.
  • Belum bersedia untuk memberi komitmen.

  • Lelaki boleh membaca tulisan yg kecil berbanding wanita, manakala wanita mempunyai pendengaran yg lebih tajam berbanding lelaki
  • Lelaki yg paling tinggi pernah dikenal pasti ialah Robert Wadlow yg mempunyai ketinggian 8 kaki 11 inci serta memiliki berat 491 paun dan telah meninggal dunia pada tahun 1941 dlm usia 22 tahun.
  • Secara purata, seorang lelaki akan berkelip matanya sebanyak 6, 205, 000 kali setiap tahun, manakala wanita berkelip dua kali ganda lebih dari lelaki.
  • Sebanyak 85% kad hari valentine telah dibeli oleh kaum wanita berbanding hanya 15 % oleh lelaki.

Saturday, June 27, 2009

SILLY LILY

SILLY LILY!
Walking over me
Like a desperation going to explain

But the nightmare
And illusions
She wont happen to believe that its on me

Waiting for a sign everytime she comes
Its geting so unreal to
BELIEVE! THAT! EVERYDAY!!!

(C/O)
SILLY LILY
NEVER REALLY LIKED ME
SHE TOLD EVERYONE

THAT
I WAS SUCH A GAY

But silly lily!
Thought it would be easy
Her philosophy is
Being left behind because of me

SILLY LILY!
Walking over me
Like an ordinary girl
I would ignore to pass the time
But the nightmare
And illusions
She make everything so right
It got me going everytime

Waiting for a sign everytimes she comes
Its getting so unreal to
BELIEVE! THAT! EVERYDAY!!!

(C/O)
SILLY LILY, like impact strike on mtv
SILLY LILY, like a new beginning to believe
SILLY LILY, like an activated misery
SILLY LILY, like a rush towards the possibilities

Ciri-ciri lelaki tampan:

  • Popular di kolej/ di tempat kerja
  • Sering jadi buruan si gadis atau lelaki 'sesuatu'
  • Punya tubuh badan yg tegap
  • Gemarkan aktiviti riadah dan muzik

Ciri-ciri lelaki kaya-raya:

  • Gemarkan barangan yg berjenama
  • Pilihan tempatnya lepak juga mewah dan eksklusif
  • Moden dan sofistikated, seiring dgn gaya hidupnya

Ciri-ciri lelaki berilmu:

  • Lebih suka memerhati sebelum melemparkan pandangan
  • Bijak dan sering mendapat temapt dlm kuliah/ di tempat kerja
  • Rajin dan tidak gemar gadis yg suka berfoya-foya tidak kira masa

Ciri-ciri lelaki family guy:

  • Lebih suka menghabiskan masa
    di rumah dari berpelesiran
  • Sukakan kanak-kanak
  • Menyukai gadis yg bersifat keibuan dan penyayang

Ciri-ciri lelaki romantik:

  • Pandai memujuk pasangan
  • Sedikit emosi di dalam menjalinkan hubungan percintaan
  • Menggemari lagu2 yg berentak perlahan seperti Jazz, irama klasikal dan RnB

Bunga Teratai = Pemalas


Bunga Kekwa = Cinta pertama

Bunga Tulip merah = Cinta sejati

Bunga Lily putih = Kesucian


Bunga Lavender = Kasih yg utuh

. Bunga Chrysanthemun = Kasih sayang



Bunga Marigold = Kegembiraan


Bunga Buttercup = Keanak-anakan

Bunga Mawar Kuning = Cemburu


Bunga Mawar Merah = Cinta

1. Merah


  • 23 dis-1 jan

  • 14 jun-4jul

Peribadi yg menyenangkan dan mudah disayangi org. Tapi emosinya sering berubah. Meskipun begitu, hatinya lembut, baik, menerima dan mencintai kekasih hati dengan seadanya. Oh ya! jangan cuba mencabar egonya kerana si dia mudah 'terluka'!-Sesuai dengan warna Coklat-


2. Kuning



  • 12 jan-24 jan

  • 15 jul-25 jul

Milik peribadi yg manis dan sgt baik. Sukar baginya menunjukkan rasa cinta pada sang kekasih. Sedaya upaya si dia menahan diri daripada menyatakan cinta. Namun, harus diingati, tatkala dirinya meluah getar asmara, kamu pasti tak tertahan mendegarnya. Bak berada di awang-awangan. Romantik sungguh!-Sesuai dengan warna kelabu-


3. Jingga



  • 2 jan-11 jan

  • 5 jul-14 jul

Sahabat dan teman istimewa amat penting baginya. Jadi jangan pernah memaksa si dia membuat keputusan memilih antara kamu dan sahabatnya. Menarik, si dia amat setia dengan pasangan. Sering berusaha untuk mempertahankan hubungan. Dia amat menghargai setiap apa yg dimiliki. Sungguhpun begitu, rasa sensitifnya sukar utk dibendung.-Sesuai dengan warna biru firus/turqoise-


4. Merah jambu/Pink



  • 25 jan-3 feb

Selalu mencuba yg terbaik untuk dirinya. Ringan tulang dan prihatin. Sungguhpun begitu, si dia sukar merasa puas dengan apa yg dilakukan. Individu yg dilahirkan pada tarikh pink ini berhati melankolis dan sentiasa berangan-angan utk memiliki cinta romantis umpama kisah dongeng dahulu kala.-Sesuai dengan warna emas-


5. Biru



  • 4 feb-8 feb

  • 1 mei-14 mei

  • 5 ogos-13 ogos

Sangat memilih terutama dalam usaha mencari pasangan cinta. Opss..mudah jatuh cinta, namun sayang seribu kali sayang, cintanya sering kali berlalu pergi. Bukan apa, kerana si dia terlalu memikirkan rasional berbanding naluri. Si dia juga jenis yg pasif dan mahukan kamu terlebih dahulu mulakan langkah menghampirinya.-Sesuai dengan warna hijau zaitun-


6. Hijau



  • 9 feb-18 feb

  • 14 ogos-23 ogos

Hati-hati dgn si dia kerana dia kritis orangnya! Si dia tidak segan2 mengkritik penampilan kamu. Kadang2 bicaranya bisa melukakan hati yg mendengarnya. Begitu pun dirinya amat mendambakan kasih sayang dari pasangan. Gemar di belai dan diambil berat. Namun, ramai individu yg dilahirkan dng aura hijau ini gemar memilih utk tetap single dan menunggu pasangan yg tepat.-Sesuai dengan warna Lime-


7. Coklat



  • 19 feb-28 feb

  • 24 ogos-2 sept

Aktif dan sportif. Seorang yg easy going. Juga seorang yg konservatif dan tidak sukakan kehidupan yg glamor. Si dia mahukan hubungan yg mantap dan membuatkannya berasa tenang sentiasa. Kesetiaannya boleh dipuji. Namun sayangnya, si dia mudah patah semangat. Hmm..-Sesuai dengan warna merah-


8. Lime



  • 11 mac-20 mac

  • 13 sept-22 sept

Orangnya tenang tetapi mudah di datangi tekanan. Sangat cemburu, mudah mengeluh walaupun utk perkara yg remeh. Si dia tidak boleh tertumpu pada satu perkara saja kerana banyak mimpi yg ingin diraihnya. Namun begitu, dirinya sering kali menjadi sandaran dan kesetiaan setiap insan.-Sesuai dengan warna hijau-


9. Hitam



  • 21 mac

Seorang yg penentang dan cukup berani. Tetapi tidak menyukai perubahan dlm hidup. gemarkan percintaan yg penuh cabaran dan rintangan. tidak mudah jatuh cinta namun sekiranya bertemu insan yg tepat, dia takkan sekali berpaling. mementingkan hubungan yg matang dan berpanjangan berbanding cinta yg menggebu-gebu di awalnya tetapi hancur di pertengahan jalan.-Sesuai dengan warna maroon-


10. Ungu



  • 22 mac-31 mac

  • 24 sept-3 okt

Gemarkan pasangan yg pembersih dan sering menjaga penampilan. mereka yg memiliki aura warna ini kebanyakkanya mempunyai naluri bussiness yg hebat. kamu tidak akan susah sekiranya memilih si dia sebagai teman hidup. ini kerasna dia bijak mencari wang dan sanggup bersusah payah demi utk membahagiakan pasangannya. tapi hati2 ye berhadapan dgn moodnya yg sering turun naik!-Sesuai dengan warna hijau tua-


11. Biru laut



  • 4 okt-13 okt

  • 1 apr-10 apr

Milik peribadi yg menarik dan sangat menghargai hidup. perasaannya kerap kali meluap-luap namun ada kalanya mudah goyah. sukar untuk memaafkan seseorang yg membuatnya marah terutama jika melibatkan harga diri.-Sesuai dengan warna krim-


12. Hijau zaitun



  • 23 sept

Seorang yg hangat dan kelakar. mudah bergaul dan beradaptasi dgn teman2 dan keluarga. tidak gemarkan kekerasan. tahu apa yg terbaik utk dirinya dan pasangan. baik hati dan tidak suka iri hati pada orang lain.-Sesuai dengan warna biru-


13. Perak/Silver



  • 11 apr-20 apr

  • 14 okt-23 okt

Gemar mencuba perkara baru dan mencabar diri utk melakukan perkara yg boleh dianggap berbahaya. seorang yg mudah di ajak berbincang dan mampu menenangkan individu dgn nasihatnya yg baik. dlm perhubungan cinta, dia sukar utk mempercayai kesetiaan pasangan. namun, sekiranya dia percaya, seumur hidup kepercayaannya takkan goyah.-Sesuai dengan warna Lime-


14. Putih



  • 21 apr-30 apr

  • 24 okt-11 nov

Melambangkan idelisme dan sikap keterbukaan. Dia memiliki moral yg tinggi, bersopan santun, tidak angkuh dan gemar membantu. seorang yg berfikiran optimistik dan mampu mengendalikan emosi. keyakinan dirinya juga sangat tinggi, malah lebih mengutamakan rasional berbanding kata hati. si dia bukanlah kekasih yg gemar merayu serta memanjakan pasangan. tetapi jangan sesekali meragui kesetiaannya.-Sesuai dengan warna merah dan biru-


15. Emas



  • 15 mei-24 mei

  • 12 nov-21 nov

Si dia miliki gerak hati yg tajam. tahu membezakan apa yg benar dan salah. seorang yg menyenangkan, ramah dan gemar berbicara. sukar menemui pasangan yg menepati keinginanya. namun, saat bertemu insan yg tepat, dia takkan bisa jatuh cinta lagi dlm waktu yg sama.-Sesuai dengan warna merah jambu-


16. Krim



  • 25 mei-3 jun

  • 22 nov-1 dis

Suka bersaing dan sportif. tidak suka kehilangan, justeru si dia berhati-hati mencari cinta. setelah bertemu, dia takkan melepaskannya! baginya, patah hati dan rasa kecewa sangat menyeksa jiwa. dia juga mampu memberi idea hebat membantu pasangan menyelesaikan masalah yg dihadapi.-Sesuai dengan warna biru laut-


17. Kelabu



  • 4 jun-13 jun

  • 2 dis-11 dis

Seorang yg menarik dan aktif. dia tidak pernah menyembunyikan perasaannya san selalu mengutarakan apa yg ada di dalam hati. ingin selalu mendapatkan perhatian lebih dari insan tersayang. di sebalik sikapnya itu, si dia sebenarnya seorang yg kelakar dan boleh membuatkan kamu bahagia apabila berada di sampingnya.-Sesuai dengan warna kuning-


18. Maroon



  • 14 jun-23 jun

  • 12 dis-21 dis

Cergas dan tahu apa yg betul utk dirinya. sering bertindak dgn cara sendiri tanpa menghiraukan perasaan orang lain mski tindakannya itu mencetuskan masalah. sabar menanti cinta datang padanya. sekiranya si dia sudah bertemu pasangan yg secocok, amat sukar baginya utk mencari cinta yg lain.-Sesuai dengan warna hitam-


19. Hijau tua



  • 22 dis

Bijak memanjakan diri pasangan. seorang yg pentingkan penampilan dan berselera tinggi menilai sesuatu hubungan cinta itu. penuh dengan idea2 bernas dlm membuat keputusan. cenderung menjadikan diri rujukan orang disekeliling.-Sesuai dengan warna ungu

-

Ni pula cite yg paling aku suke tgok, hero dia Song Seung-Heon..ala dia pernah berlakon dlm cite summer scent and autumn in my heart.


Sinopsis: cite ni tentang Han Ye-Won (Jung Da-Bin) iaitu seorang pelajar sekolah menengah yang selalu berangan sebagai puteri yg hidup dalam istana yg cantik di mana istana itu di kelilingi taman bunga. suatu hari, dia tulis sesuatu yg menghinakan/merendahkan diri tentang seorang lelaki dekat laman web sekolah. rupenyer lelaki yg dia kutuk tu ialah Eun-Seong (Song Seung-Heon) iaitu lelaki handsome dari sekolah vokasional yg suka membuli orang. So, sejak tu lelaki tu selalu menganggu Han Ye-Won sehinggalah mereka jatuh cinta...huhu. ni cerita romantik komedilah...best!

video

Friday, June 26, 2009

  • Bau tubuh semula jadi lelaki.
  • Lelaki yg tidak segak dngn kotoran atau lumpur.
  • Dengan lelaki yg pandai memujuk.
  • Melihat lelaki dengan wajah yg maskulin sebelum bercukur.
  • Melihat kesudian lelaki dgn ikhlas berhadapan dengan orang tuanya.
  • Melihat tulisan tangannya yg teruk dan tidak tersusun pada diarinya.
  • Jika lelaki terlebih dahulu meminta pandangannya sebelum melakukan sesuatu perkara.
  • Sekiranya lelaki membelikannya hadiah yg sudah lama diimpikannya.
  • Andai kamu menjadi orang pertama mengucapkan selamat hari lahir padanya.
  • Dengan kerutan di dahi lelaki ketika dia sedang serius melakukan sesuatu perkara.


  • Lelaki tidak suka dipaksa atau diubah penampilannya.
  • Lelaki lebih gemar menggunakan produk kecantikan yg sama dan tidak suka mencuba sesuatu yg baru.
  • Minyak wangi berunsurkan spicy dan oriental menjadi pilihan.
  • Lelaki suka jika pasangannya
    bergaya, cantik, popular dan menarik perhatian ketika berjalan bergandingan. Tetapi jika ada lelaki lain yg tertarik dengan teman wanitanya, dia akan menyalahkan teman wanitanya dahulu, kerana katanya "kamu yg kuat melayan".
  • Jangan kritik cara mereka berpakaian, cara mereka menyapu gel rambut atau mereka menyikat rambut.
  • Lelaki yg merokok mesti merokok se'pam' dua setiap kali lepas makan.
  • Lelaki perlu potong rambut lebih kerap (setiap 4 minggu) berbanding perempuan.
  • Elakkan memakai topi dalam jangka masa panjang kerana ia akan menghalang pertumbuhan rambut serta kurang menerima oksigen.

Seseorang lelaki itu boleh dikatakan sebagai pilihan yang brbahaya utk kamu keluar dating atau berpasangan dengannya sekiranya dia:

  • Mahukan kamu berhenti kerja atau bertukar rakan-rakan hanya kerana dia sahaja.
  • Tidak menghormati masa kamu untuk bersendirian/privacy. Senang cakap apa saje kamu buat dan nak buat, dia nak tahu.
  • Suruh kamu buat perkara yg kamu tak selesa seperti menipu bagi pihaknya, pinjamkan dia duit sedangkan baru seminggu 2 kenal.
  • Mendesak ingin selalu berjumpa. Hari ni baru jumpa, esok nak jumpa lagi. Dua tiga hari kemudian nak jumpa lagi. Kamu kata sibuk atau ada hal, dia pujuk. Kamu tetap kata tak boleh, dia terus mendesak.
  • Ada reputasi menipu.
  • Kaki judi, peminum arak. Menggunakan dadah atau pil2 khayal.
  • Pernah gagal dlm banyak perhubungan cinta dlm sejarah hidupnya. Beberapa kali nak kata ya? Kalau umo baru 25 tahun dah gagal bercinta 5-6 kali tu sudah boleh dikira banyak. Cinta monyet tak kira ok!
  • Tidak memuji, malah menampakkan sikap tidak suka kepada kedua ibu bapanya sedangkan kamu dapat rasa dan tahu kedua ibu bapanya bukanlah orang yg jahat. Walaupun kedua ibu bapanya ada membuat kesalahan, memburukkan kedua ibu bapa sendiri lebih2 lgi pada peringkat baru berkenalan menunjukkan sesuatu yang tidak kena dengannya.
  • Mempunyai sejarah tlh di diagnosis mengalami masalah tekanan jiwa atau mental illness.
  • Tidak bekerja, (sebab pemalas) ada sahaja alasan sedangkan kamu lihat dia bukanlah sakit atau bodoh.
  • SELALU bertukar-tukar kerja atau dipecat dan SENTIASA memberi alasan menyalahkan orang lain coz kehilangan kerjanya itu.
  • Ingin mengawal fesyen rambut, pakaian, sikap dan cara kamu, rakan2 atau dengan siapa kamu berkawan dan kerja pun dia nak kawal.
  • Menyembunyikan sesuatu maklumat penting tentang dirinya yg kamu hanya tahu kemudian. Sbg contoh, dia kata bujang, rupanya duda, memanglah duda tu bujang. Tapi kenapa tak cakap awal2 dia pernah kahwin.
  • Merasakan dirinya saja yg istimewa, unik dan lebih baik berbanding orang lain.
  • Percaya undang2 utk orang lain, dia tak tertakluk pada undang2 boleh buat apa yg dia suka.
  • Terlalu menarik dan peramah lebih dari kebiasaan. Perlu ambil perhatian di sini, lelaki yg handsome, cute, smart, peramah dan blh membuat perempuan tertarik padanya dengan cepat sekali dari segi penampilannya, caranya, fizikalnya atau apa saja pada dirinya, kamu perlu berhati-hati.

I

Julai 2004

"Aku nak pergi ni, ko tak nak halangke?" Soalnya kali terakhir sebelum tiba di lapangan terbang. masuk ni dah lebih 10 kali dia tanya aku soalan yang sama.

"Tak naklah, ko pergi ajelah. bukannya tak jumpa lagi. lagi pun 4 tahun jer kan ko kena posting? kat sana." Jawabku acuh tak acuh. Banyak pula songeh, nak pergi, pergi ajelah.

"Betul ni tak menyesal?" Soalnya lagi membuat aku rimas. aku lepuk juga mamat ni kan.

"Pergi jelah..kalau ade jodoh, berjumpalah lagi." Balasku lagi langsung tak terkesan dengan perpisahan yang bakal terjadi dan semestinya akan menjarakkan hubungan aku dengan Anaz,
lelaki yang mencintai seorang perempuan yang masih tercari-cari cinta sejatinya. Sayang...mungkin.

"Oklah..jaga diri baik-baik. Jangan nakal-nakal...aku sayangkan ko Sara, sangat-sangat. I do and I always will. Tunggu aku." Ucapnya dengan senyuman manis sambil melambai. Aku angguk.

Aku memerhatikan sesusuk tubuh itu berjalan kepintu pelepasan sehingga hilang kelibatnya hilang dari pandangan mata. Aku mengeluh, maafkan aku Anaz. Bukan aku tak nak halang pemergian kau ke sana. Cuma biarlah dalam masa 4 tahun ini memberi kita sedikit ruang untuk memulihkan hubungan kita yang semakin hambar agar menjadi utuh dengan terjadinya perpisahan ini. Lagipun aku tak nak hubungan kita berakhir begitu sahaja.

Namun takdir tuhan tiada siapa dapat menduga. Bukan 4 tahun masa yang memisahkan aku dengan Anaz, tapi mungkin selamanya. Semuanya berpunca daripada aku sendiri. Mungkin ego boleh menjadikan seseorang berjaya dan boleh hidup berdikari, namun ego juga boleh memusnahkan jiwa yang angkuh dalam mengakui bahawa sepi itu tak selamanya indah. Aku menyesal Anaz, aku menyesal.


II

Mac 2005

"Tak rindu akuke? Berjam-jam cakap akt telefon abih duit sebab nak cakap dengan ko pun aku tak kisahkan. Tapi punya ler susah nak dengar ucapan rindu dari ko Sara. Aku rindu ko sangat-sangat ni." Suaranya sayup-sayup kedengaran dari sana. Ada batuk kecil dari hujung irama suaranya.

"Ko tak sihatke? Makanla ubat? Kat sana cuaca bukan macam kat sini." Soalku sebaik dengar dia bersin.

"Sayang juga ko kat aku. Makan dah, berbiji-biji panadol aku telan. Esok lusa eloklah ni. Dengar suara ko nyanyi sure aku sihat.." Selorohnya membuat aku tersenyum.

"Lama tak karoake samakan.." Sambungnya lagi mengimbas kenangan aktiviti yang kami selalu lakukan setiap kali hujung minggu. Juga merupakan minat dan hobi kami berdua.

"Eh, ko carilah minah-minah kat sana ajak karoake.." Usikku.

"Tak sempatla honey..hujung minggu pun ada aktiviti kena buat. Lagipun bila aku tengok muka minah-minah salleh kat sini, asyik teringat muka ko jer, parah tau..." Dah mula la tu nak bermanja-manja dengan aku ni. Cair taik telinga aku dengar.

"Yeke? busy mengalah menteri yer..Aku ingat sibuk berdating." Tambahku lagi.

Setiap kali hanya dia sahaja yang akan menghubungi aku untuk bertanya khabar. Aku? Entahla. Bukan tak pernah ingat dia, kadang2 tu aku sendir tak paham apa yang aku inginkan dalam hubungan kami. Semakin lama hubungan kami semakin jauh. Sejauh jarak kami berdua kini. Aku tetap melayaninya seperti biasa bila dia menghubungi kami. Mungkin itu sudah cukup.


III

Disember 2006

Aku menghias diri secantik mungkin. Aku tahu tak sepatutnya aku berhias sebegitu rupa. Umpama hendak bertemu jejaka idaman lagaknya. Aku tersenyum di hadapan cermin. Terbayang wajah Anaz. Namun sekejap sahaja wajah itu singgah menyapa. Aku meluru laju keluar bilik sebaik mendengar deruman enjin kereta di hadapan rumah.

"Hai Sara.." Sebuah sapaan lembut di ajukan padaku. Aku menghadiahkan sebuah senyuman kepada pemilik sapaan itu.

"Movie ape kita nak tengok ni.." Soalku lembut dan manja.

"Adalah.. surprise..." Jawabnya bermain teka-teki pula dengan aku. Aku merenung tajam ke arah Amar, teman sepejabat yang baru bekerja di pejabat aku 5 bulan lepas. Aku berpura-pura merajuk. Amar mengerling dan tersenyum.


April 2007

"Hai dear..busynya dia. Orang kat sini call banyak kali pun tak angkat."


bersambung...

video

Sinopsis: Chan Moo Hyuk was adopted by an Australian family but was abused and left homeless at an early age. One day he comes across Song Eun Chae, the coordinator for Choi Yune, a famous singer in Korea, whom she is secretly in love with. Her fateful encounter with Moo Hyuk ends up affecting not only her life but that of her precious Yune as well. Because of an accident involving his ex-girlfriend, Moo Hyuk is left with 3 months 2 live. This lead him to head back to Korea, in search of his biological mother. The discoveries he makes, changes his heart from longing to revenge. Even with all this darkness surrounding him, he finds an expected source of happiness with someone he did not expect to love.

video

Dua2 ni dari filem korea yg paling aku suke tengok, sedey giler cite ni...sampai nangis2 tengok..hu3

Thursday, June 25, 2009

I

"Cepat sikit Mia, kita dah lambat ni." Terdengar laungan daripada Fatin dari luar pintu rumah.
"Yelah, yelah!" Balasku pendek sambil mencapai lipatan telekung sembahyang di atas katil. Kedengran azan dilaungkan daripda surau yang berdekatan. Aku dan Fatin berjalan lau menerusi tangga, Penat juga memandangkan rumah sewa kami di tingkat empat. nasib baiklah kedudukan surau hanya dekat saja. kurang daripada 10 minit sampailah.
Agak ramai juga kelihatan orang yang sedang menuju ke surau. Tak kira sama ada lelaki dan perempuan, tua atau muda. Bahkan kanak-kanak pun ada. Inilah kemeriahan yang cukup terasa setiap kali bulan Ramadhan tiba. Bagi diriku, bergelar pelajar UiTM Shah Alam
memaksa aku tinggal berjauhan daripada keluarga di utara. Jika bernasib baik, dapatlah aku pulang nerasai kenikmatan berpuasa bersama keluarga di akhir Ramadhan. Ini pun beberapa hari sebelum Aidilfitri. Selebihnya, hanya kawan-kawan yang menjadi peneman yang setia. Ini masuk tahun kedua aku berpuasa di sini. Taklah teruk sangat. Kami juga sudah tinggal menyewa di kawasan flet ini sejak semester tiga dulu. Lokasinya yang tidak terlalu jauh daripada kampus membuatkan ramai pelajar yang memilih kawasan flt di seksyen 7 ini nutuk mencari rumah sewa.
II
Selesai solat, kami pun tidak ketinggalan menikmari juadah 'moreh' yang disediakan untuk para jemaah selepas tarawih. Malam itu banyak juga kuih-muih yang dihidangkan. Syukur alhamsulilah. Kiranya ramai juga yang bermurah hati untuk bersedekah di bulan yang mulia ini. Aku dan Fatin duduk di suatu sudut. Masih memakai telekung. Hanya kainnya sahaja sudah ditanggalkan. Tapi tak apa, di dalamnyakan ada baju kurung. Selesa sikit nak duduk. Sambil makan kami rancak berbual-bual. Biasalah kami ni kan peramah. Mulut rancak berbual, tangan tak kurang juga ligatnya mengambil itu dan ini. Tiba-tiba aku terasa seolah-olah diperhatikan oleh seeorang. Secara spontan aku memadnang ke arah suatu sudut bertentangan dengan kami. Walau pun ketika itu orang agak penuh juga di beranda surau itu, namun mataku tertancap pada seraut wajah. Seperti menyedari aku memandangnya, jejaki itu terus menghadiahkan senyuman kepadaku. Masya-Allah!Nasib baik aku tak tersedak. Dengan serba salah aku membalas senyumannya. Ish, entah-entah dia mengata aku dan Fatin. Gelojoh sangat makan...aduh, malunya. Dahla orangnya...er..handsome! Hai...
Terusku bisikkan sesuatu ke telinga Fatin dan menarik tanganya agar beredar.
"Kau yakinke dia tengok kita? Entah-entah kebetulan saja kau terperasan dia senyum kat engkau jer." Tanya Fatin dalam perjalanan balik.
"Entahla...tapi seganlah. Sure dia kata kita ni anak dara gelojoh, kuat makan." Balasku.
"Yelah dah kuih tu sedap. Free pula tu. Bantai sajalah. Rezeki jangan di tolak." Tambah Fatin membuatkan kami berdua ketawa. Tapi dalam diam, hati terusik dengan peristiwa tadi.bersambung..

'ANDAI MERINDUI ADALAH SATU KESALAHAN, PASTI AKU PESALAH SEUMUR HIDUPKU. ANDAI MENCINTAI ITU ADALAH SATU DOSA. PASTI TIDAK TERAMPUN DOSAKU. KERANA AKU PENCINTA ABADI.'

YANG MERINDUIMU SETIAP WAKTU,
PERINDU.

I
"Hatiku berlagu rindu. jiwaku bernada sedu. andai seribu tahu deru nafas ini milikku. pasti selamanya aku tegar dalam kerinduan yang bangat dan hangat ini. akan aku lakarkan rasa cinta melangit ini pada tembok waktu. biar satu hari nanti kau akan mengerti bahawa cintaku ini cinta yang tiada nilainya. cinta yang yang tiada akhirnya, cinta seikhlas rasa. yang memberi tanpa ku harap balasannya."
"Aku pergi..pergi andai itu yang kau mahu. andai rindu di hatimu masih ada. serulah namaku. serulah aku dengan seruan azimat cintamu. pasti jasad yang kejang ini akan terbangun dengan keramat kasihmu. selamat tinggal sayang, aku pergi..."
Terdengar tepukan gemuruh untuknya. dia tersenyum. senyuman bersalut lega. akhirnya pementasan teater itu berjaya. kata-kata yg di lafazkannya tadi adalah kata-kata akhir daripada watak heroinnya.

Teater itu mengisahkan tentang seorang pencinta. pencinta yang setia. kesetiaan yang melampaui batas sewajarnya. tapi dia tega, akar kepercayaan kasihnya tercengkam agam. biar mata sekeliling memandangnya jelik, biar ada mata yang mengejek, dia tidak peduli. tahunya ialah cinta itu makin berakar umbi memenuhi setiap ruangan rasanya. dan dia amat tega menjadi seorang perindu. ibarat seekor pungguk yang hanya merenung bulan tanpa mendakapnya erat. cukuplah sahaja cahaya dari bulan itu menempiasnya, itu sudah cukup sebagai balasan kasihnya. dia tidak mengharap labih dari itu. bukankah yang menyintai itu tidak semestinya dicintai.
"Hey Putri, tahniah. Kau telah melakonkannya dengan baik." Puji Azrai. Putri hanya tersenyum. langsung tidak di sambutnya tangan gatal Azrai yang dihulurkan.
"Huh, kau tak sambut huluran salam aku ni!" Jerit Azrai bila Putri tidak mengendahkannya.
"Buat apa aku sambut huluran tangan tu kalau ia menjadi penambah dosaku jer." Serius nada suara Putri. Dia segera mendapatkan kawan-kawannya yang lain. Rimas melihat gelagat Azrai yang sejak tadi asyik mengekorinya. Sebelum pementasan teater sehingga selesainya persembahan, anak muda itu tak habis-habis mengejarnya.
"Kau ni sombongla Putri!"
"Yups..memang aku sombong, baru tahu ke?"
"Kau masih lagi ingatkan dia, kan? Tu la sebab kau tutup hati kau buat semua lelaki. kau bodoh..sangat bodoh." Rungut Azrai.
"Memang aku bodoh, puas hati kau!" Jerit Putri. Lantas dia berlalu pergi, matanya terladung mutiara jernih. untuk apa kisah lama itu diungkit-ungkit, hatinya sakit.

II
Dulu waktu air mata itu baru terladung, ada tangan yang menyekanya. Dulu, di saat hati ini bersedih, ada suara yang memujuknya, ada jenaka yang menghiburkannya. Tapi kini segalanya tiada. Hanya langit malam pengubat rindu. Hanya udara pagi yg mengelap sendu. Hanya ada lagu...
"Buat apalah asyik pandang langit jer Putri?" Tanya Aminah hairan. Lembut suaranya menusup masuk ke telinga Putri.
"Cantik langit malam ni kan Amin?" Kata Putri. Matanya masih lagi terpegun pada langit malam itu. saban malam ditatapnya tanpa secalit jemu. Sungguh! Biarlah detik itu hujan turun mencurah atau bayu kuat memukul. Dia tega, sampai berjam-jam pun dia tega. Selalu jg dia mmbawa kerjanya untuk diselesaikan di balkoni. Kerap jugalah Aminah mengejutkannya. apabila dia terlelap di kerusi malasnya sewaktu asyik memandang langit dengan buku terlekap di dada.
"Di mana cantiknya langit itu Putri? Bukankah saban malam ia sinar dari bintang. Tiada bezanya dengan malam-malam sebelumnya." Kata Aminah. Sesekali matanya memandang langit dan sesekali dia mencuri pandang ke arah Putri. Hairan melihat wajah keasyikan yang terpamer di wajah Putri. Seolah langit itu cintanya, langit itu segala buatnya.
"Hei budak comel, saya rindu awk." Terdengar suara dari corong sana yang mengungkap kata rindu.
"Hei budak busuk, saya benci awak!" Balas Putri. Dia menekup gagang telefon rapat ke telinga. Rindu benar akan suara itu.
"Benci saya?" Ada nada rajuk di hujung suaranya.
"Ya, benci awak." Jawab Putri. Sengaja di tekankan perkataan benci itu.
"Kalau gitu saya letak telefon ya?" Rajuk atau ugutankan itu.
"Okay!" Jawab Putri. Dia menyimpan tawanya. Dia memang suka mengusik Syakir. Klik bunyi telefon di letakkan.
"Ceh! Dia letak sungguh. Megong betullah Syakir ni. orang rindu dia." Rungut Putri. Dia meletak gangang telefon. Ada sedikit kehampaan bermukim.
"Kalau rindu tapi cakap benci tu kenapa?" Tiba-tiba kedengaran suara mendatar dari arah tingkap. Pantas Putri berpaling. Dia tersenyum, mata redup di hadapannya itu direnung. Kasihnya bagai menjalar dalam setiap daru nafas. Ya Allah, betapa aku cinta akan lelaki yang berada di hadapanku ini, bisiknya perlahan. Putri memandang Syakir dengan senyuman. bukan sahaja bibirnya, malah matanya, dan semua organ derianya terut tersenyum.
"Tak nak buka pintu ke? Tak nak bagi saya masuk?" Tanya Syakir.
"Tak nak, kat situ pun dh cukup." Jawab Putri.
"Ayah tak ada ya?" Tanya Syakir. Putri mengangguk.
"Bila awak sampai? Kenapa tak bagi tahu saya?" Tanya Putri pula.
"Eleh kalau beritahu awak nak jemput ke?" Tanya Syakir kembali semacam menyindir.
"Tak adalah, sekurang-kurangnya awk beritahu saya. Taklah saya terkejut macam ni." Balas Putri. Dia masih tidak percaya yang Syakir kini di hadapan matanya.
"Dah puas tengok muka saya? Saya nak balik rumah ni." Tanya Syakir. Putri tersipu malu, sepantas itu dia menundukkan pandangannya. Syakir tergelak nakal.
"Terukkan saya, balik rumah bukan nak terus ke rumah mak tapi singgah dulu rumah anak dara orang. Nah, ni untuk awak." Syakir menghulurkan sesuatu kepada Putri. Putri menyambutnya, dia tersengih. Antara dia dan Syakir jihadnya dalam tiga meter.
"Okey budak comel, abang balik dulu." Usik Syakir. Sengaja membahasakan dirinya abang.
"Okay budak busuk, baik-baik." Balas Putri. Dia membetulkan tudung yang dikenakan asambil melambai ke arah Syakir. Hatinya benar-benar gembira. Syakir sudah pulang!

III
Selepas makan malam dan membantu adik menyiapkan kerja sekolah, Putri masuk ke biliknya untuk berehat. Dia tersenyum melihat hadiah pemberian Syakir, kemudian mencapai hensetnya. Ada lima mesej yang masih belum dibaca. Dia membukanya, lantas senyuman terukir tanpa dipaksa. Berderet nama Syakir di inboxnya. Syakir, jiran sebelah rumahnya yang berjihad tiga tahun dari usianya. Syakir cinta pertama, insan yang mengajarnya tentang erti rindu dan kasih sayang, Syakirlah orangnya.
Dia teringat masa minggu orientasi di IPTA dulu. Detik pertemuan antara dia dan Syakir. Dia tidak sangka bertemu jirannya itu di sana. Jiran yang tidak pernah langsung dikenali, lantaran masa kecil-kecil dulu Syakir tinggal dengan neneknya. Jadi dia memang tidak pernah tahu langsung kewujudan insan bernama Syakir sehinggalah pada suatu hari.
"Siapa nama kamu?" Tanya Syakir setelah sesaat melihat alamat rumahnya di buku pengenalan pelajar itu.
"Putri Syakirah Bt Putra Ahmad Shah." Jawab Putri. Dia kelihatan sedikit takut bila disoal begitu oleh seniornya.
"Oh, Putri Syakirah..nombor telefon?" Tanya Syakir sambil mencatat sesuatu. Putri terdiam.
"Nombor telefonlah!" Bentak Syakir lagi.
"012-3456789" Putri menjawab pantas dalam getar.
"Dah ada boyfriend tak?" Tanya Syakir. Pantas Putri menggelengkan kepalanya. Semalam semua pelajar baru diminta mencari tandatangan 10 orang pelajar senior lelaki dan 10 orang pelajar senior perempuan. Kebetulan abang ini dan kawan-kawan menegurnya. Lantas terus sahaja diminta tandatangan senior-seniornya itu. Tapi lain pula jadinya, dia pula yang disoal siasat.
"Kalau gitau saya Putra Syakir maka Putri Syakirah hanya untuk Putra Syakir, boleh faham itu?" Ujar Syakir. Kawan-kawan Syakir yang berada di situ tergelak besar. Putri baru sedar yang dia di prmainkan oleh abang seniornya. Dia cukup marah lalu terus beredar.
Sejak itu dia benci Syakir. Sehinggalah pada suatu hari....
"Eh, macam mana awak boleh ada kat sini?" Tanya Putri apabila mendapati Syakir sedang duduk di sebelahnya di dalam bas express yang menuju ke utara.
"Saya nak hantar awak balik kampung." Jawab Syakir bersahaja. Dia mengeluarkan senaskhah majalah di dalam begnya lalu mula membaca.
"Hei, awak gila ke? Turunlah!" Bentak Putri.
"Hello, saya dah beli tiketlah, tengok ni." Jawab Syakir sambil menunjukkan tiket kepunyaannya. Terbeliak mata Putri melihatnya. Ya Allah biar benar, musuhnya ini ingin menghantarnya balik. Hatinya mula cemas. Jantungnya tersa bagai ingin tercabut.
"Hahahaha.." Syakir ketawa mengejeknya. Puas hatinya bila dapat menukarkan warna muka gadis di sebelahnya ini.

bersambung...

Newer Posts Home
;;

Template by:
Free Blog Templates