Related Posts with Thumbnails

My Frenzz..

Thursday, June 25, 2009

Langit Rindu..

'ANDAI MERINDUI ADALAH SATU KESALAHAN, PASTI AKU PESALAH SEUMUR HIDUPKU. ANDAI MENCINTAI ITU ADALAH SATU DOSA. PASTI TIDAK TERAMPUN DOSAKU. KERANA AKU PENCINTA ABADI.'

YANG MERINDUIMU SETIAP WAKTU,
PERINDU.

I
"Hatiku berlagu rindu. jiwaku bernada sedu. andai seribu tahu deru nafas ini milikku. pasti selamanya aku tegar dalam kerinduan yang bangat dan hangat ini. akan aku lakarkan rasa cinta melangit ini pada tembok waktu. biar satu hari nanti kau akan mengerti bahawa cintaku ini cinta yang tiada nilainya. cinta yang yang tiada akhirnya, cinta seikhlas rasa. yang memberi tanpa ku harap balasannya."
"Aku pergi..pergi andai itu yang kau mahu. andai rindu di hatimu masih ada. serulah namaku. serulah aku dengan seruan azimat cintamu. pasti jasad yang kejang ini akan terbangun dengan keramat kasihmu. selamat tinggal sayang, aku pergi..."
Terdengar tepukan gemuruh untuknya. dia tersenyum. senyuman bersalut lega. akhirnya pementasan teater itu berjaya. kata-kata yg di lafazkannya tadi adalah kata-kata akhir daripada watak heroinnya.

Teater itu mengisahkan tentang seorang pencinta. pencinta yang setia. kesetiaan yang melampaui batas sewajarnya. tapi dia tega, akar kepercayaan kasihnya tercengkam agam. biar mata sekeliling memandangnya jelik, biar ada mata yang mengejek, dia tidak peduli. tahunya ialah cinta itu makin berakar umbi memenuhi setiap ruangan rasanya. dan dia amat tega menjadi seorang perindu. ibarat seekor pungguk yang hanya merenung bulan tanpa mendakapnya erat. cukuplah sahaja cahaya dari bulan itu menempiasnya, itu sudah cukup sebagai balasan kasihnya. dia tidak mengharap labih dari itu. bukankah yang menyintai itu tidak semestinya dicintai.
"Hey Putri, tahniah. Kau telah melakonkannya dengan baik." Puji Azrai. Putri hanya tersenyum. langsung tidak di sambutnya tangan gatal Azrai yang dihulurkan.
"Huh, kau tak sambut huluran salam aku ni!" Jerit Azrai bila Putri tidak mengendahkannya.
"Buat apa aku sambut huluran tangan tu kalau ia menjadi penambah dosaku jer." Serius nada suara Putri. Dia segera mendapatkan kawan-kawannya yang lain. Rimas melihat gelagat Azrai yang sejak tadi asyik mengekorinya. Sebelum pementasan teater sehingga selesainya persembahan, anak muda itu tak habis-habis mengejarnya.
"Kau ni sombongla Putri!"
"Yups..memang aku sombong, baru tahu ke?"
"Kau masih lagi ingatkan dia, kan? Tu la sebab kau tutup hati kau buat semua lelaki. kau bodoh..sangat bodoh." Rungut Azrai.
"Memang aku bodoh, puas hati kau!" Jerit Putri. Lantas dia berlalu pergi, matanya terladung mutiara jernih. untuk apa kisah lama itu diungkit-ungkit, hatinya sakit.

II
Dulu waktu air mata itu baru terladung, ada tangan yang menyekanya. Dulu, di saat hati ini bersedih, ada suara yang memujuknya, ada jenaka yang menghiburkannya. Tapi kini segalanya tiada. Hanya langit malam pengubat rindu. Hanya udara pagi yg mengelap sendu. Hanya ada lagu...
"Buat apalah asyik pandang langit jer Putri?" Tanya Aminah hairan. Lembut suaranya menusup masuk ke telinga Putri.
"Cantik langit malam ni kan Amin?" Kata Putri. Matanya masih lagi terpegun pada langit malam itu. saban malam ditatapnya tanpa secalit jemu. Sungguh! Biarlah detik itu hujan turun mencurah atau bayu kuat memukul. Dia tega, sampai berjam-jam pun dia tega. Selalu jg dia mmbawa kerjanya untuk diselesaikan di balkoni. Kerap jugalah Aminah mengejutkannya. apabila dia terlelap di kerusi malasnya sewaktu asyik memandang langit dengan buku terlekap di dada.
"Di mana cantiknya langit itu Putri? Bukankah saban malam ia sinar dari bintang. Tiada bezanya dengan malam-malam sebelumnya." Kata Aminah. Sesekali matanya memandang langit dan sesekali dia mencuri pandang ke arah Putri. Hairan melihat wajah keasyikan yang terpamer di wajah Putri. Seolah langit itu cintanya, langit itu segala buatnya.
"Hei budak comel, saya rindu awk." Terdengar suara dari corong sana yang mengungkap kata rindu.
"Hei budak busuk, saya benci awak!" Balas Putri. Dia menekup gagang telefon rapat ke telinga. Rindu benar akan suara itu.
"Benci saya?" Ada nada rajuk di hujung suaranya.
"Ya, benci awak." Jawab Putri. Sengaja di tekankan perkataan benci itu.
"Kalau gitu saya letak telefon ya?" Rajuk atau ugutankan itu.
"Okay!" Jawab Putri. Dia menyimpan tawanya. Dia memang suka mengusik Syakir. Klik bunyi telefon di letakkan.
"Ceh! Dia letak sungguh. Megong betullah Syakir ni. orang rindu dia." Rungut Putri. Dia meletak gangang telefon. Ada sedikit kehampaan bermukim.
"Kalau rindu tapi cakap benci tu kenapa?" Tiba-tiba kedengaran suara mendatar dari arah tingkap. Pantas Putri berpaling. Dia tersenyum, mata redup di hadapannya itu direnung. Kasihnya bagai menjalar dalam setiap daru nafas. Ya Allah, betapa aku cinta akan lelaki yang berada di hadapanku ini, bisiknya perlahan. Putri memandang Syakir dengan senyuman. bukan sahaja bibirnya, malah matanya, dan semua organ derianya terut tersenyum.
"Tak nak buka pintu ke? Tak nak bagi saya masuk?" Tanya Syakir.
"Tak nak, kat situ pun dh cukup." Jawab Putri.
"Ayah tak ada ya?" Tanya Syakir. Putri mengangguk.
"Bila awak sampai? Kenapa tak bagi tahu saya?" Tanya Putri pula.
"Eleh kalau beritahu awak nak jemput ke?" Tanya Syakir kembali semacam menyindir.
"Tak adalah, sekurang-kurangnya awk beritahu saya. Taklah saya terkejut macam ni." Balas Putri. Dia masih tidak percaya yang Syakir kini di hadapan matanya.
"Dah puas tengok muka saya? Saya nak balik rumah ni." Tanya Syakir. Putri tersipu malu, sepantas itu dia menundukkan pandangannya. Syakir tergelak nakal.
"Terukkan saya, balik rumah bukan nak terus ke rumah mak tapi singgah dulu rumah anak dara orang. Nah, ni untuk awak." Syakir menghulurkan sesuatu kepada Putri. Putri menyambutnya, dia tersengih. Antara dia dan Syakir jihadnya dalam tiga meter.
"Okey budak comel, abang balik dulu." Usik Syakir. Sengaja membahasakan dirinya abang.
"Okay budak busuk, baik-baik." Balas Putri. Dia membetulkan tudung yang dikenakan asambil melambai ke arah Syakir. Hatinya benar-benar gembira. Syakir sudah pulang!

III
Selepas makan malam dan membantu adik menyiapkan kerja sekolah, Putri masuk ke biliknya untuk berehat. Dia tersenyum melihat hadiah pemberian Syakir, kemudian mencapai hensetnya. Ada lima mesej yang masih belum dibaca. Dia membukanya, lantas senyuman terukir tanpa dipaksa. Berderet nama Syakir di inboxnya. Syakir, jiran sebelah rumahnya yang berjihad tiga tahun dari usianya. Syakir cinta pertama, insan yang mengajarnya tentang erti rindu dan kasih sayang, Syakirlah orangnya.
Dia teringat masa minggu orientasi di IPTA dulu. Detik pertemuan antara dia dan Syakir. Dia tidak sangka bertemu jirannya itu di sana. Jiran yang tidak pernah langsung dikenali, lantaran masa kecil-kecil dulu Syakir tinggal dengan neneknya. Jadi dia memang tidak pernah tahu langsung kewujudan insan bernama Syakir sehinggalah pada suatu hari.
"Siapa nama kamu?" Tanya Syakir setelah sesaat melihat alamat rumahnya di buku pengenalan pelajar itu.
"Putri Syakirah Bt Putra Ahmad Shah." Jawab Putri. Dia kelihatan sedikit takut bila disoal begitu oleh seniornya.
"Oh, Putri Syakirah..nombor telefon?" Tanya Syakir sambil mencatat sesuatu. Putri terdiam.
"Nombor telefonlah!" Bentak Syakir lagi.
"012-3456789" Putri menjawab pantas dalam getar.
"Dah ada boyfriend tak?" Tanya Syakir. Pantas Putri menggelengkan kepalanya. Semalam semua pelajar baru diminta mencari tandatangan 10 orang pelajar senior lelaki dan 10 orang pelajar senior perempuan. Kebetulan abang ini dan kawan-kawan menegurnya. Lantas terus sahaja diminta tandatangan senior-seniornya itu. Tapi lain pula jadinya, dia pula yang disoal siasat.
"Kalau gitau saya Putra Syakir maka Putri Syakirah hanya untuk Putra Syakir, boleh faham itu?" Ujar Syakir. Kawan-kawan Syakir yang berada di situ tergelak besar. Putri baru sedar yang dia di prmainkan oleh abang seniornya. Dia cukup marah lalu terus beredar.
Sejak itu dia benci Syakir. Sehinggalah pada suatu hari....
"Eh, macam mana awak boleh ada kat sini?" Tanya Putri apabila mendapati Syakir sedang duduk di sebelahnya di dalam bas express yang menuju ke utara.
"Saya nak hantar awak balik kampung." Jawab Syakir bersahaja. Dia mengeluarkan senaskhah majalah di dalam begnya lalu mula membaca.
"Hei, awak gila ke? Turunlah!" Bentak Putri.
"Hello, saya dah beli tiketlah, tengok ni." Jawab Syakir sambil menunjukkan tiket kepunyaannya. Terbeliak mata Putri melihatnya. Ya Allah biar benar, musuhnya ini ingin menghantarnya balik. Hatinya mula cemas. Jantungnya tersa bagai ingin tercabut.
"Hahahaha.." Syakir ketawa mengejeknya. Puas hatinya bila dapat menukarkan warna muka gadis di sebelahnya ini.

bersambung...

0 Comments:

Post a Comment



Template by:
Free Blog Templates