Related Posts with Thumbnails

My Frenzz..

Monday, June 29, 2009

CINTA BERBALAS @ TIDAK?

1. Kamu bertepuk sebelah tangan andai...

  • Si dia hanya mengharapkan kamu membelanjanya setiap kali bertemu.
  • Kamu sahaja yg selalu menghubunginya atau menghantar sms padanya sedangkan si dia hanya menghubungi kamu saat dia memerlukan kamu sahaja.
  • Kamu tahu semua tentang perihal keluarganya, tetapi dia tidak pernah sekalipun bertanyakan hal keluargamu.
  • Sekiranya kamu dalam kesusahan, si dia tidak pernah berasa di sisimu. Tetapi bila si dia berada dlm kesusahan, kamu tidak pernah jemu memberikan bantuan.
  • Tidak pernah sekalipun dia membicarakan soal cinta dgn kamu.
  • Si dia melayan kamu sama seperti dia melayan teman-temannya yg lain.




2. Kamu tidak bertepuk sebelah tangan andai...

  • Si dia sering mengajak kamu keluar utk belanja makan dan minum.

  • Si dia ingin meminjam sesuatu dari kamu atau meminta bantuan kamu. Tujuannya agar si dia berasa dekat dgn kamu.

  • Si dia mengajak kamu menemaninya bersiar-siar dan membeli belah yg mana langkah ini akan membuatkan kamu sikit demi sedikit menerima si dia.

  • Si dia mula bertanyakan tentang keluarga kamu dan dalam masa yg sama si dia akan bercerita tentang keluarganya. Topik ini secara tidak langsung akan merapatkan lagi hubungan kamu berdua kerana kamu sudah saling mengetahui tentang diri masing2.

  • Si dia akan sentiasa bertanya khabar kamu dan ini kamu tentunya berasa lebih disayangi.

  • Si dia mula melayan kamu seperti kekasihnya. Setiap kata2nya juga adalah kata sayang dan cinta.

0 Comments:

Post a Comment



Template by:
Free Blog Templates