Related Posts with Thumbnails

My Frenzz..

Thursday, June 25, 2009

Aku, Dia dan Ramadhan

I

"Cepat sikit Mia, kita dah lambat ni." Terdengar laungan daripada Fatin dari luar pintu rumah.
"Yelah, yelah!" Balasku pendek sambil mencapai lipatan telekung sembahyang di atas katil. Kedengran azan dilaungkan daripda surau yang berdekatan. Aku dan Fatin berjalan lau menerusi tangga, Penat juga memandangkan rumah sewa kami di tingkat empat. nasib baiklah kedudukan surau hanya dekat saja. kurang daripada 10 minit sampailah.
Agak ramai juga kelihatan orang yang sedang menuju ke surau. Tak kira sama ada lelaki dan perempuan, tua atau muda. Bahkan kanak-kanak pun ada. Inilah kemeriahan yang cukup terasa setiap kali bulan Ramadhan tiba. Bagi diriku, bergelar pelajar UiTM Shah Alam
memaksa aku tinggal berjauhan daripada keluarga di utara. Jika bernasib baik, dapatlah aku pulang nerasai kenikmatan berpuasa bersama keluarga di akhir Ramadhan. Ini pun beberapa hari sebelum Aidilfitri. Selebihnya, hanya kawan-kawan yang menjadi peneman yang setia. Ini masuk tahun kedua aku berpuasa di sini. Taklah teruk sangat. Kami juga sudah tinggal menyewa di kawasan flet ini sejak semester tiga dulu. Lokasinya yang tidak terlalu jauh daripada kampus membuatkan ramai pelajar yang memilih kawasan flt di seksyen 7 ini nutuk mencari rumah sewa.
II
Selesai solat, kami pun tidak ketinggalan menikmari juadah 'moreh' yang disediakan untuk para jemaah selepas tarawih. Malam itu banyak juga kuih-muih yang dihidangkan. Syukur alhamsulilah. Kiranya ramai juga yang bermurah hati untuk bersedekah di bulan yang mulia ini. Aku dan Fatin duduk di suatu sudut. Masih memakai telekung. Hanya kainnya sahaja sudah ditanggalkan. Tapi tak apa, di dalamnyakan ada baju kurung. Selesa sikit nak duduk. Sambil makan kami rancak berbual-bual. Biasalah kami ni kan peramah. Mulut rancak berbual, tangan tak kurang juga ligatnya mengambil itu dan ini. Tiba-tiba aku terasa seolah-olah diperhatikan oleh seeorang. Secara spontan aku memadnang ke arah suatu sudut bertentangan dengan kami. Walau pun ketika itu orang agak penuh juga di beranda surau itu, namun mataku tertancap pada seraut wajah. Seperti menyedari aku memandangnya, jejaki itu terus menghadiahkan senyuman kepadaku. Masya-Allah!Nasib baik aku tak tersedak. Dengan serba salah aku membalas senyumannya. Ish, entah-entah dia mengata aku dan Fatin. Gelojoh sangat makan...aduh, malunya. Dahla orangnya...er..handsome! Hai...
Terusku bisikkan sesuatu ke telinga Fatin dan menarik tanganya agar beredar.
"Kau yakinke dia tengok kita? Entah-entah kebetulan saja kau terperasan dia senyum kat engkau jer." Tanya Fatin dalam perjalanan balik.
"Entahla...tapi seganlah. Sure dia kata kita ni anak dara gelojoh, kuat makan." Balasku.
"Yelah dah kuih tu sedap. Free pula tu. Bantai sajalah. Rezeki jangan di tolak." Tambah Fatin membuatkan kami berdua ketawa. Tapi dalam diam, hati terusik dengan peristiwa tadi.bersambung..

0 Comments:

Post a Comment



Template by:
Free Blog Templates