Related Posts with Thumbnails

My Frenzz..

Saturday, October 3, 2009

PEARL HARBOUR VS TITANIC

Seorang Pelancong Cina masuk kedalam
sebuah bar di Hawaii dan dia amat terperanjat kerana
didalamnya terdapat Steven Spielberg! Pengarah filem
yang ternama. Sedang dia enak menikmati minumannya
tiba-tiba beliau melihat pengarah filem tersebut meluru
kepadanya dan melepaskan sebiji penumbuk.

Setelah bangun dari duduknya, beliau menjerit "Apa pasal
engkau tumbuk aku ni?"
Pengarah filem tersebut berkata,

" Itu sebagai balasan di
atas pengeboman Pearl Harbor, datuk aku mati pada masa
tu".

Cina tersebut membantah. "Aku bangsa Cina laa bodoh! apa
kena mengena dengan Jepun pulak?" Pengarah filem tadi
membalas "Aaah..! Jepun, Cina, Burma, Vietnam, semua
sama aje!"

Keadaan kembali reda selepas itu. Setelah memesan
sebotol beer lagi, Lelaki Cina tadi terus meluru kepada
Pengarah filem dan memberi satu tumbukan yang padu.

"Apa pasal kau tumbuk aku pulak ni?" balas sang pengarah
filem.

"Itu sebagai balasan kerana menenggelamkan Titanic,
moyang aku ada dalam kapal tu dan mati" balas Cina tadi.

"Hey budak! Titanic tenggelam pasal Iceberg laa
bodoh..!" jerit sang pengarah lagi.

"Aaahh! Iceberg, Carlsberg, Spielberg... korang semua
sama aje...!"

1 Comment:

  1. Budak Malu818 said...
    hahahahaha...
    ade,ke plak mcm tuh?

Post a Comment



Template by:
Free Blog Templates