Related Posts with Thumbnails


My Frenzz..

Friday, June 26, 2009

I

Julai 2004

"Aku nak pergi ni, ko tak nak halangke?" Soalnya kali terakhir sebelum tiba di lapangan terbang. masuk ni dah lebih 10 kali dia tanya aku soalan yang sama.

"Tak naklah, ko pergi ajelah. bukannya tak jumpa lagi. lagi pun 4 tahun jer kan ko kena posting? kat sana." Jawabku acuh tak acuh. Banyak pula songeh, nak pergi, pergi ajelah.

"Betul ni tak menyesal?" Soalnya lagi membuat aku rimas. aku lepuk juga mamat ni kan.

"Pergi jelah..kalau ade jodoh, berjumpalah lagi." Balasku lagi langsung tak terkesan dengan perpisahan yang bakal terjadi dan semestinya akan menjarakkan hubungan aku dengan Anaz,
lelaki yang mencintai seorang perempuan yang masih tercari-cari cinta sejatinya. Sayang...mungkin.

"Oklah..jaga diri baik-baik. Jangan nakal-nakal...aku sayangkan ko Sara, sangat-sangat. I do and I always will. Tunggu aku." Ucapnya dengan senyuman manis sambil melambai. Aku angguk.

Aku memerhatikan sesusuk tubuh itu berjalan kepintu pelepasan sehingga hilang kelibatnya hilang dari pandangan mata. Aku mengeluh, maafkan aku Anaz. Bukan aku tak nak halang pemergian kau ke sana. Cuma biarlah dalam masa 4 tahun ini memberi kita sedikit ruang untuk memulihkan hubungan kita yang semakin hambar agar menjadi utuh dengan terjadinya perpisahan ini. Lagipun aku tak nak hubungan kita berakhir begitu sahaja.

Namun takdir tuhan tiada siapa dapat menduga. Bukan 4 tahun masa yang memisahkan aku dengan Anaz, tapi mungkin selamanya. Semuanya berpunca daripada aku sendiri. Mungkin ego boleh menjadikan seseorang berjaya dan boleh hidup berdikari, namun ego juga boleh memusnahkan jiwa yang angkuh dalam mengakui bahawa sepi itu tak selamanya indah. Aku menyesal Anaz, aku menyesal.


II

Mac 2005

"Tak rindu akuke? Berjam-jam cakap akt telefon abih duit sebab nak cakap dengan ko pun aku tak kisahkan. Tapi punya ler susah nak dengar ucapan rindu dari ko Sara. Aku rindu ko sangat-sangat ni." Suaranya sayup-sayup kedengaran dari sana. Ada batuk kecil dari hujung irama suaranya.

"Ko tak sihatke? Makanla ubat? Kat sana cuaca bukan macam kat sini." Soalku sebaik dengar dia bersin.

"Sayang juga ko kat aku. Makan dah, berbiji-biji panadol aku telan. Esok lusa eloklah ni. Dengar suara ko nyanyi sure aku sihat.." Selorohnya membuat aku tersenyum.

"Lama tak karoake samakan.." Sambungnya lagi mengimbas kenangan aktiviti yang kami selalu lakukan setiap kali hujung minggu. Juga merupakan minat dan hobi kami berdua.

"Eh, ko carilah minah-minah kat sana ajak karoake.." Usikku.

"Tak sempatla honey..hujung minggu pun ada aktiviti kena buat. Lagipun bila aku tengok muka minah-minah salleh kat sini, asyik teringat muka ko jer, parah tau..." Dah mula la tu nak bermanja-manja dengan aku ni. Cair taik telinga aku dengar.

"Yeke? busy mengalah menteri yer..Aku ingat sibuk berdating." Tambahku lagi.

Setiap kali hanya dia sahaja yang akan menghubungi aku untuk bertanya khabar. Aku? Entahla. Bukan tak pernah ingat dia, kadang2 tu aku sendir tak paham apa yang aku inginkan dalam hubungan kami. Semakin lama hubungan kami semakin jauh. Sejauh jarak kami berdua kini. Aku tetap melayaninya seperti biasa bila dia menghubungi kami. Mungkin itu sudah cukup.


III

Disember 2006

Aku menghias diri secantik mungkin. Aku tahu tak sepatutnya aku berhias sebegitu rupa. Umpama hendak bertemu jejaka idaman lagaknya. Aku tersenyum di hadapan cermin. Terbayang wajah Anaz. Namun sekejap sahaja wajah itu singgah menyapa. Aku meluru laju keluar bilik sebaik mendengar deruman enjin kereta di hadapan rumah.

"Hai Sara.." Sebuah sapaan lembut di ajukan padaku. Aku menghadiahkan sebuah senyuman kepada pemilik sapaan itu.

"Movie ape kita nak tengok ni.." Soalku lembut dan manja.

"Adalah.. surprise..." Jawabnya bermain teka-teki pula dengan aku. Aku merenung tajam ke arah Amar, teman sepejabat yang baru bekerja di pejabat aku 5 bulan lepas. Aku berpura-pura merajuk. Amar mengerling dan tersenyum.


April 2007

"Hai dear..busynya dia. Orang kat sini call banyak kali pun tak angkat."


bersambung...

0 Comments:

Post a Comment



Template by:
Free Blog Templates