Related Posts with Thumbnails


My Frenzz..

Friday, June 26, 2009

Seseorang lelaki itu boleh dikatakan sebagai pilihan yang brbahaya utk kamu keluar dating atau berpasangan dengannya sekiranya dia:

  • Mahukan kamu berhenti kerja atau bertukar rakan-rakan hanya kerana dia sahaja.
  • Tidak menghormati masa kamu untuk bersendirian/privacy. Senang cakap apa saje kamu buat dan nak buat, dia nak tahu.
  • Suruh kamu buat perkara yg kamu tak selesa seperti menipu bagi pihaknya, pinjamkan dia duit sedangkan baru seminggu 2 kenal.
  • Mendesak ingin selalu berjumpa. Hari ni baru jumpa, esok nak jumpa lagi. Dua tiga hari kemudian nak jumpa lagi. Kamu kata sibuk atau ada hal, dia pujuk. Kamu tetap kata tak boleh, dia terus mendesak.
  • Ada reputasi menipu.
  • Kaki judi, peminum arak. Menggunakan dadah atau pil2 khayal.
  • Pernah gagal dlm banyak perhubungan cinta dlm sejarah hidupnya. Beberapa kali nak kata ya? Kalau umo baru 25 tahun dah gagal bercinta 5-6 kali tu sudah boleh dikira banyak. Cinta monyet tak kira ok!
  • Tidak memuji, malah menampakkan sikap tidak suka kepada kedua ibu bapanya sedangkan kamu dapat rasa dan tahu kedua ibu bapanya bukanlah orang yg jahat. Walaupun kedua ibu bapanya ada membuat kesalahan, memburukkan kedua ibu bapa sendiri lebih2 lgi pada peringkat baru berkenalan menunjukkan sesuatu yang tidak kena dengannya.
  • Mempunyai sejarah tlh di diagnosis mengalami masalah tekanan jiwa atau mental illness.
  • Tidak bekerja, (sebab pemalas) ada sahaja alasan sedangkan kamu lihat dia bukanlah sakit atau bodoh.
  • SELALU bertukar-tukar kerja atau dipecat dan SENTIASA memberi alasan menyalahkan orang lain coz kehilangan kerjanya itu.
  • Ingin mengawal fesyen rambut, pakaian, sikap dan cara kamu, rakan2 atau dengan siapa kamu berkawan dan kerja pun dia nak kawal.
  • Menyembunyikan sesuatu maklumat penting tentang dirinya yg kamu hanya tahu kemudian. Sbg contoh, dia kata bujang, rupanya duda, memanglah duda tu bujang. Tapi kenapa tak cakap awal2 dia pernah kahwin.
  • Merasakan dirinya saja yg istimewa, unik dan lebih baik berbanding orang lain.
  • Percaya undang2 utk orang lain, dia tak tertakluk pada undang2 boleh buat apa yg dia suka.
  • Terlalu menarik dan peramah lebih dari kebiasaan. Perlu ambil perhatian di sini, lelaki yg handsome, cute, smart, peramah dan blh membuat perempuan tertarik padanya dengan cepat sekali dari segi penampilannya, caranya, fizikalnya atau apa saja pada dirinya, kamu perlu berhati-hati.

0 Comments:

Post a Comment



Template by:
Free Blog Templates